PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis
tali yang digunakan oleh manusia. Setiap tali mempunyai fungsi dan kekuatan
yang berbeza antara satu sama lain.
i.
Jute
rope
ii.
Manila
rope/hand
iii. Cotten
rope
iv. Polythlene
rope
v. Nyelon
rope
vi. Polyster
rope
JENIS TALI
1. Tali fiber asli (natural fibre)
2. Tali fiber tiruan (artificial fibre)
3. Tali dawai (wire rope)
JENIS-JENIS TALI FIBRE ASLI
Tali
belati
Manila
hemp
Tali
sisal
Tali
jut
Tali
sabut
Tali
kapas
IKATAN DAN SIMPULAN
- Tali belati - Kekuatanya sederhana dan harganya murah. Digunakan secara meluas dalam kerja menyelamat.
- Manila hemp - Diperbuat dari pokok hemp yang banyak di Filipina (Manila). Harganya murah. Banyak digunakan di jeti-jeti pelabuhan.
- Tali Sisal - Sejenis pokok yang kekuatanya sama dengan Manila hemp. Kembang dan lian apabila basah serta tahan untuk kerja-kerja seharian atau biasa.
- Tali Jut - Diperbuat dari pokok jut (jerami) di India. Harganya murah dan digunakan untuk kerja harian.
- Tali sabut - Diperbuat dari sabut kelapa. Ringan, kurang kukuh dan mudah terapung. Digunakan dalam perkhidmatan bomba.
- Tali kapas - Bersifat elastik (memanjang dam memendek), lembut dan mudah rosak sekiranya bengkok. Sapu minyak khas untuk elakkan cepat rosak.
JENIS-JENIS TALI FIBRE
TIRUAN
Tali
nilon (nylon)
Tali
polister (polyester)
Tali
kernmantle
a. Static
b. Dinamik
SEBAB-SEBAB
KEROSAKAN TALI
- Geseran pada bucu-bucu bangunan (yang tajam)
- Penggunaan takal (pulley) yang tak sesuai Bengkok atau kerap dibengkokkan
- Tetas atau terguris/luka/terkoyak
- Geseran atau diserat pada permukaan tanah atau pasir yang kasar
- Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaan
- Terkena bahan kimia (asid/alkali)
- Bercendawan atau berlapuk-lembab
- Dikenakan beban yang berlebihan
- Salah guna
- Disentap-sentap
- Dikenakan beban secara mengejut
PENJAGAAN TALI
a.
Tali
harus diuji pada masa-masa :
- Semasa baru dibeli
- Sebelum digunakan
- Selepas digunakan
- Ujian berkala (ikut spesifikasi)
- Selepas tali dibaiki
b. Jangka
hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah 5 tahunselepas digunakan. Bagi tali
kernmatle 700 kali atau 100 jam penggunaannya secara intensif.
c. Hamparkan
tali yang baru pada pengcangkuk berputar.
d. Elakkan
dari memotong tali kecuali terpaksa.
e. Ikat
dibahagian hujung supaya tidak terburai.
f. Elakkan
dari mengikut tali secara tetap.
g. Gunakan
takal yang sesuai jika bekerja.
h. Gunakan
pelapik yang sesuai jika bekerja di bucu-bucu tajam.
i. Simpan
tali di tempat kering pada suhu bilik.
j. Elak
dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung, terkena bahan
kimian dan sebagainya yang menyebabkan kekurangan kekuatan tali.
k. Gunakan
tali yang paling sesuai untuk satu-satu tugas dan jenis beban kerja.
JENIS-JENIS IKATAN
o
Buku
sila
- Digunakan untuk mengikat
2 utas tali yang sama tebal. Juga digunakan dalam pertolongan cemas. Ia mudah
dibuka dengan cepat untuk mengikat bungkusan.
o
Bunga
geti
- Digunakan untuk mengikat
dua utas tali yang sama saiz atau tebal. Simpul ini juga digunakan untuk
mengikat seutas tali ke seutas gelungan tali. Kerap kali digunakan untuk
mengikut bendera.
o
Tindih
kasih
- Simpul ini digunakan
untuk membuat gelungan tali yang tidak tergelincir keluar kepada hujung tali.
Simpul ini digunakan untuk kerja menyelamat, membawa mangsa turun di kawasan
yang tinggi.
o
Lilitan
taut-line
- Lilit ini kadangkala
dinamakan simpul tali khemah. Ia sering digunakan untuk mengikat tali khemah ke
pancang. Ia boleh dikendurkan (dipanjangkan) atau ditegangkan (dipendekkan)
mengikut kesesuaian.
o
Simpul
masuk
- Digunakan untuk mengikat
hujung tali pada pancang atau tiang. Simpul ini juga berfungsi sebagai
permulaan dan penamatan atau untuk mematikan ikatan seraya dan ikatan silang
gunting.
o
Simpul
belit
- Digunakan untuk mengikut
tali pada tiang atau pokok. Mengikut kapal yang berlabuh, tali penyidai kain.
Boleh digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah.
o
Simpul
kerusi (bomba)
- Digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat. Untuk menurunkan seseorang dari tempat yang tinggi.
o
Simpul
himpit (simpul rengail)
- Digunakan untuk menyambung
2 utas tali yang halus, licin dan sama besar terutama tali pancing. Simpul ini
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
o
Ikatan
seraya
- Digunakan untuk mengikat
kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, menara, gejet dan tiang bendera.
Dimulakan dengan simpul manuk, lilitan kemas dan disudahkan dengan ikatan
simpul manuk.
No comments:
Post a Comment