Monday, 28 October 2013

KRAF PERKHEMAHAN




JENIS-JENIS PERKHEMAHAN


  •             KHEMAH PATROL BERKABUNG

Sempurna dan canggih. Didirikan semasa perhimpunan Pengakap untuk Jambo dan Korobori. Dijadikan markas bagi pegawai dan usru setia. Strukturnya yang sangat mudah iaitu berasakan dua batang tiang seri dan rabung. Ketegapan dan keregangan bergantung kepada empat utas teraju besar.


  •       KHEMAH PATHFINDER

Bentuknya amat ringkas menggunakan anak kayu yang dipaut untuk menggantungkan khemah. Digunakan untuk berteduh bagi pemburu, pemancing, pengembara dan ahli-ahli kajiukur yang tinggal sehari dua di dalam hutan. Tiada alas bumi(groundsheet). Dan ejaring serangga.

  • KHEMAH HIKE

Popular kepada ahli sukan rekreasi dan pengembara. Ia mudah dipasang dan dirombak. Fabriknya ialah poplin kalis air. Mudah dipasang. Juga dikenali sebagai khemah ‘instant’.

  •  KHEMAH GALANG GAJAH

Popular di Amerika Syarikat. Khususnya musim panas. Bentuknya mudah. Apabila dipasang ianya mempunyai anjung untuk berehat dan mempunyai jejaring serangga.

  •  KHEMAH CONDONG

Di bahagian hadapan khemah ini terbuka. Digunakan oleh mereka yang tahan lasak dan tidak menghiraukan kerenah cuaca. Sesuai untuk persekitaran hutan tebal yang tiada tiupan angin kencang dan musim tidak banyak serangga.

  •  KHEMAH AHLI PERHUTANAN

Dua batang tiang diikat bentuk A dan direnggangkan ke pancang menggunakan satu lebar tali rabung yang derenggangkan. Mempunyai jejaring serangga dan pintunya boleh digulung dan dilabuhkan bila perlu.

  •  KHEMAH PENDAKI(no 7 dan 8)

Khemah ini kecil dan tahan lasak. Diperbuat daripada nylon yang ringan. Mudah dipasang dan dirombak. Ringan untuk dibawa dan tahan lasak terhadap cuaca lampau. Agak mahal.

  •  KHEMAH TARP

Khemah ini khususnya untuk mereka yang berperahu. Perahu/canoe/kayak disendengkan. Satu layar khemah diregangkan diatasnya menggunakan pancang.

  •   KHEMAH RINGKAS

Amat ringkas, hanya menggunakan seutas tali dan sekeping kain taupolin sebagai bumbung.

  •   KHEMAH IGLOO

Dikenali sebagai khemah pasang siap. Mudah dipasang dan dirombak kerana ringan. Sesuai untuk 2, 4, 6, 8 orang. Tanpa menggunakan pancang.

PENGETAHUAN BERKHEMAH

                   SEBELUM
·         Jawatankuasa
·         Kenalpasti kawasan
·         Peralatan
·         Makanan
·         Pengangkutan
·         Pihak berwajib
·         Insurans
·         Pakaian

 SEMASA
·         Bersih kawasan
·         Mendirikan khemah
·         Tempat memasak
·         Tempat membuang sampah
·         Tandas
·         Penyidai
·         Lampu
·         Kawalan malam

 SELEPAS
·         Bersih kawasan
·         Menimbus lubang sampah
·         Menurunkan khemah
·         Makluman pihak berwajib
·         Membersih dan menyimpan alatan
·         Post mortem

PERATURAN BERKHEMAH

1.    Jangan tinggalkan khemah tidak berzip
2.    Jangan makan dalam khemah
3.    Jangan masak dalam khemah
4.    Jangan bawa masuk kasut
5.    Jangan bawa masuk pakaian basah
6.    Dilarang merokok
7.    Dilarang bawa masuk benda tajam
8.    Dilarang menyidai pakaian dalam khemah
9.    Dilarang buat sampah
10.  Dilarang berdua-duan
11.  Dialarang menebang pokok
12.  Dilarang membakar sampah
13.  Dilarang membuat bising
14.  Dilarang bermulut celupar
15.  Menunaikan solat
16.  Dilarang berjalan malam bersendirian

KAWASAN DILARANG MENDIRIKAN KHEMAH

1.    Dibawah pokok
2.    Tepi sungai
3.    Tepi laut
4.    Lereng bukit
5.    Denai binatang
6.    Atas bukit/gunung
7.    Kawasan pencawang elektrik
8.    Kawasan lapang (pokok ubi)

SPESIFIKASI KHEMAH

1.    PERLINDUNGAN

Khemah yang anda miliki perlu member perlindungan cuaca seperti hujan, panas, angin dan sebagainya. Disamping itu, ianya perlu diberi perlindungan dari serangga.

2.    KESELESAAN

Khemah anda perlu selesa kerana tempat yang paling utama dalam aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa. Anda juga perlu mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang anda.

3.    KALIS AIR

Khemah anda mestilah dari jenis kalis air. Terdapat beberapa jenis khemah yang kalis air apabila hujan lebat. Anda perlu pastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu benar-benar kalis air. Kalau tidak, anda akan menanggung risiko berbasah apabila hujan.

4.    TAHAN LASAK

Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan lasak. Ini perkara penting yang perlu diambil ingatan. Khemah perlu ringan disamping itu mestilah tahan lasak dalam mana ianya tidak mudaj koyak apabila digunakan untuk satu jangka masa yang sesuai dan munasabah.

5.    UKURUN

Tentukan ukuran khemah yang sesuai dan pastikan keselesaan untuk tidur dan menempatkan barang-barang di dalam khemah.

6.    HARGA

Biasanya khemah yang memenuhi syarat-syarat diatas adalah mahal. Jika membeli khemah yang berharga berates ringgit dan anda tidak menggunakan sepenuhnya, ini adalah pembaziran.


TATACARA PERKHEMAHAN

1.    BERKHEMAH DALAM KUMPULAN KECIL
·   Bilangan besar dengan ketenangan tidak selari.

2.    RANCANG AKTIVITI
·   Mengurangkan sampah dan jauhi botol dan tin.

3.    BAWAK KELUAR APA YANG ANDA BAWA MASUK
·  Ambil bersama anda sampah yang tidak terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan menggeledah.

4.    IKUT TREK ATAU LALUAN SEDIA ADA
·   Jangan buat laluan banyak sangat. Terpaksa tebang pokok banyak.

5.    KECILKAN TAPAK PEMBINAAN KHEMAH
·   Jangan musnahkan tumbuhan.

6.    LOKASI TAPAK PERKHEMAHAN
· Jauhi kediaman, jalan air terbuka, trek atau khemah orang.

7.    PENGGUNAAN SABUN DAN BAHAN CUCIAN
· Jangan menggunakan disungai atau tasik. Ambil air ke khemah supaya air yang dipakai meresap ketanah.

8.    TANAM NAJIS
·  Pilih tempat yang sesuai iaitu jauh dari air dan tapak perkhemahan, gali lubang dan timbus selepas digunakan.

9.    ALAT MEMASAK
·  Dapur bergerak adalah lebih baik dari unggun api. Kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi.

10.  PENGGUNAAN API
· Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kacil dan jimatkan penggunaan kayu. Pastikan juga api dipadam betul-betul sebelum meninggalkannya.

11.  MEMELIHARA ALAM SEKITAR
·  Jaga hidupan dan tumbuhan liar. Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.


ALATAN PERKHEMAHAN

1.    Khemah yang sesuai
2.    Beg galas
3.    Dapur(gas atau minyak)
4.    Pelita(gas atau minyak)
5.    Mestin, pinggan, sudu, garfu
6.    Botol air, kole, bekas minuman
7.    Pisau dan pembuka tin
8.    Lampu picit dan bateri
9.    Mancis dan lilin
10.  Kotak pertolongan cemas
11.  Kotak ikhtiar hidup
12.  Tali
13.  Ponco/baju hujan
14.  Parang/kapak kecil
15.  Bekas air tambahan
16.  Selimut dan beg tidur


No comments:

Post a Comment